Dato' Aliff Syukri Kamarzaman ialah seorang usahawan yang mempunyai wawasan dan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Beliau mempunyai wawasan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan ini perlu ada pada diri seorang usahawan supaya dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas ini, beliau telah berusaha untuk mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Pada mulanya, sebelum Dato' Aliff Syukri bergelar usahawan beliau sudah mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajat untuk mencipta satu jenama produknya sendiri. Walaupun beliau sedar untuk mencipta satu produk jenama baharu bukanlah hal yang mudah. Pada ketika itu juga beliau mempunyai masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau.
Namun begitu, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan usahawan yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan satujenama produk iaitu D'Herbs yang mendapat sambutan yang baik oleh pengguna. Beliau juga bertekad menggunakan semua wang simpanan beliau untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun beliau sedar risiko untuk muflis sangat mudah, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kologen pertama di Malaysia. Pada peringkat awal pengenalan jenama D'Herbs ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan mempromosikan produk ini. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan agen pemasaran. Beliau juga tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Dato' Aliff Syukri seorang usahawan yang berjaya dan berwawasan tinggi. Sebagai contohnya, beliau bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang. Bukan itu sahaja, slogan yang dipilih oleh beliau juga mempunyai wawasan yang tinggi buktinya slogan "Terjalak Laris" dengan secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada beliau untuk terus mengeluarkan produk terbaru. Hal ini juga disebabkan oleh pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru. Beliau juga seorang yang memikirkan masa depan perniagaannya. Buktinya, beliau sanggup memulangkan wang pengguna jika produk yang dijual tidak berkesan. Beliau bukan sahaja dapat meyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan ini memang terbaik malah dapat memajukan lagi perusahaan syarikatnya.
Dato' Aliff Syukri juga mempunyai wawasan atau matlamat untuk dicapai dalam jangka masa panjang. Sebagai contohnya, Beliau meletakkan visi utama D'Herbs adalah untuk menjadikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat single level. Syarikat single level ini akan mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas. Beliau juga akan memastikan sistem pengurusan di syarikatnya akan bertambah baik. Beliau juga yakin terhadap keberkesanan produk yang dikeluarkan. Oleh itu, beliau akan memastikan kualiti produknya mempunyai sistem terbaik serta menyediakan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan.

No comments:
Post a Comment