Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dikenali sebagai usahawan produk D'herbs iaitu produk kecantikan yang dipasarkan kepada golongan dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Produk beliau dihasilkan dari sumber herba-herba yang sihat. Dato' Aliff Syukri dilahirkan pada 30 April 1987 di kediaman beliau di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau berpindah ke selamgor dan melanjutkan pelajaran di SK Sungai Besar, Selangor. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang tetapi telah mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu agama di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Beliau mula mendalami ilmu perniagaan sejak memasuki sekolah agama kerana ramai yang menjalankan aktiviti pernigaan di Kelantan. Hal ini telah mempengaruhi beliau untuk memasuki alam perniagaan. Setelah itu, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutakn pelajaran di Taylor Collage.
Beliau yang kini berusia 28 tahun telah menjadi usahawan yang sangat berjaya dan dikenali ramai. Beliau telah diberi gelaran Dato' pada usia 25 tahun. Permulaan perniagaan beliau iaitu De Herbs Healthy Marketing pada September 2010 di mana beliau hanya menjalankan perniagaan di lot kedai 2 tingkat dengan mempunyai seorang pekerja dan empat produk sahaja iaitu bedak asas, produk pelangsingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir. Selepas daripadaitu beliau telah maju dan menghasilakn 30 jenis rangkaian produk baharu dan 15 orang kakitangan yang membantu dalam penaiktarafan pernigaan syarikat De Herbs Healthy Marketinh.
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi syarikat De Herbs kerana mereka telah bernaung di syarikat dilebelkan Sendirian Berhad dan perkembangan perniagaan mereka membolehkan mereka berpindah ke bangunan empat tingkat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan itu, syarikat mampu meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D'herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
D'herbs holding mempunyai visi, misi dan objektif tersendiri. Visi utama syarikat D'herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengelurakan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat terutamanya di Malaysia. Manakalah misi syarikat pula adalah membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil lebih yakin dan bergaya. Antara objektif syarikat adalah membantu masyarakat merawat masalah luaran dan dalaman badan, memberikan perkhidmatan selepas jualan dan mempunyai kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria. Cara-cara syarikat D'Herbs mengiklankan produk ialah dengan menggunakan media massa dan media cetak.
No comments:
Post a Comment