Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D'Herbs di mana beliau telah bernaung di bawah lebel Syarikat Sendirian Berhad dan beliau mengembankan perniagaan dengan berpindah ke bangunan empat tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa. Beliau meraikan pengguna yang banyak membantu dari segi jualan dengan memberi penghargaan kepada mereka dengan memberi diskaun hebat dan jualan gudang tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) . Jualan gudang tersebut adalah bersempena perpindahan syarikat D'Herbs ke banguna baharu yang baru beroperasi selama seminggu. Bangunan baharu seluas satu ektar setengah (kira-kira 0.6 hektar) yang mampu memuatkan seramai 150 kakitangan ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan seperti kafeteria, mini spa serta studio. Dalam masa terdekat, D'Herbs bakal menubuhkan pasukan produksi sendiri demi memperluas bidang perniagaan. Syarikat ini menyasarkan keuntungan mencecah RM5 juta sepanjang jualan gudang yang diadakan di seluruh negara. Melihat kepada sambutan di luar jangkaan, Dato' Aliff sangat terharu dan berbesar hati atas sokongan yang diberikan oleh pelanggan.
D'Herbs bakal memberi sumbangan terhadap sebuah program televisyen berbentuk dawah dan keagamaan sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan selain bakal mewujudkan pusat tahfiz sendiri. Beliau juga telah membuaka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn. Bhd. yang mehasilakn dan menjual produk kesmetik dan sedikit kelainann konsep di mana Megah Perawan hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasar produk Megah Perawan di seluruh Malaysia. Setakat ini permintaan produk ini mendapat sambutan daripada pengguna seluruh Malaysia.
Rangkaian lain yang digunakan Dato' Aliff untuk mengembangkan perusahaannya iaitu dengan menggunakan rangkaian awam. Beliau mempromosikan produk keluarannya melalui iklan seperti di majalah dan akhbar Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro di mana iklan beliau telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak besar kepada keuntungan syarikat. Beliau juga bersiaran di radio-radio nasional dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan lebih membanggakan lagi D'Herbs telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di saluran Astro dan TV3. Beliau akan membuat apa sahaja untuk membangunkan syarikatnya selepas melalui pelbagai pahit getir dalam dunia perniagaan. Beliau pernah menukar strategi dengan muncul di televisyen dengan menggayakan watak koprat tetapi impaknya terhadap pelanggan kurang menjadi. Selama dua tahun wang dilaburkan bagi tujuan pengiklanan habis begitu sahaja. Beliau kemudiannya mencuba nasib menerusi pengiklanan di stesen televisyen lain dengan menggayakan penampilah baharu iaitu daripada memakai baju biasa kepada baju berkilat dan daripada beruara biasa kepada suara 'kepit'. Ternyata, sesuatu yang unik itulah yang menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tomahan diterima daripada masyarakat namun impaknya sangat besar kepada jualan.
No comments:
Post a Comment