Sunday, 15 November 2015

Kesimpulan

     Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh terhadap perniagaan dan jangan pernah berputus asa dalam memajukan perniagaan. Ciri-ciri inilah yang membuatkan Dato' Aliff Syukri berjaya dalam perniagaannya dan membuatkan nama keluarannya, D'Herbs popular sehingga sekarang. Oleh itu, untuk menjadi usahawan yang berjaya seseorang hendaklah terus maju dan sanggup berkorban apa sahaja serta sanggup menanggung risiko yang besar.
❤ thanks for reading . do comment ❤

Observant

     Tokoh yang bernama Dato' Aliff Syukri, merupakan nama yang tidak asing didengari serta popular di Malaysia iaitu seorang yang hebat serta seorang usahawan yang berjaya. Antara personaliti yang dimiliki oleh tokoh ini adalah beliau seorang yang peka terhadap persekitaran tidak kira luaran mahupun dalaman perniagaannya. Beliau sentiasa mengenalpasti setiap perubahan yang berlaku sama ada dalaman atau luaran syarikat yang boleh mempengaruhi prestasi serta keuntungan perniagaan beliau. Selain itu, beliau juga merupakan usahawan yang pandai merebut peluang walaupun mempunyai banyak pesaing dalam industri perniagaan yang diceburinya yang terdiri daripada pasaing-pesaing hebat serta terkemuka. Dato' Seri Vida merupakan antara pesaing yang menghasilkan produk kecantikan sama seperti beliau. Hal ini tidak menghalang Dato' Aliff Syukri untuk terus maju dan berjaya dalam pernigaanya malah menjadikan persaingan tersebut sebagai cabaran yang baik untuk meningkatkan keuntungan dan merebut setiap peluang yang ada dengan bijak. 

     Selain itu, beliau juga sentiasa mengenalpasti keperluan permintaan pelanggan dalam pasaran masa kini. Hasil daripada kajian beliau akan cuba untuk mencipta produk baharu atau mengubahsuai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan permintaan pelanggan dalam pasaran. Sebagai contoh, keperluan masyarakat masa kini iaitu permintaan yang tinggi terhadap produk kesihatan dan kecantikan memberi kelebihan kepada perniagaan beliau yang menceburi bidang ini. Dato' Aliff juga menitikberatkan kepentingan kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah dengan menetapkan harga produknya dengan harga yang berpatutan dan mampu milik oleh semua lapisan masyakarat. Hal ini memberi faedah kepada produk beliau kerana mendapat sambuatan yang menggalakkan daripada masyarakat dan dapat bersaing secara sihat sengan pesaingnya. 

❤ thanks for reading . do comment ❤

Networked

     Perubuhan awal syarikat D'Herbs Holdings (M) yang duhulunya dikenali sebagai D'Herbs Healthy Marketing ialah pada September 2010. Syarikat ini pada mulanya mengkhususkan kepada pengilangan  produk kesihatan dan kecantikan serta turut membuka ruang kepada syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat D'Herbs Holdings (M). Selain itu, syarikat ini juga menyediakan  kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan. Pada permulaan syarikat ini hanya beropersi di lot kedai di tingkat 2 dengan dibantu seorang pekerja sahaja serta hanya mempunyai empat produk itama iaitu bedak  asas, produk pelangsingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir. Kini, Dato' Aliff Syukri telah berjaya menghasilakan hampir 90 rangakaian produk baharu dan mempunyai 35 orang kakitangan yang membantu bagi meliinkan perjalanan syarikat.

     Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D'Herbs di mana beliau telah bernaung di bawah lebel Syarikat Sendirian Berhad dan beliau mengembankan perniagaan dengan berpindah ke bangunan empat tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa. Beliau meraikan pengguna yang banyak membantu dari segi jualan dengan memberi penghargaan kepada mereka dengan memberi diskaun hebat dan jualan gudang tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) . Jualan gudang tersebut adalah bersempena perpindahan syarikat D'Herbs ke banguna baharu yang baru beroperasi selama seminggu. Bangunan baharu seluas satu ektar setengah (kira-kira 0.6 hektar) yang mampu memuatkan seramai 150 kakitangan ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan seperti kafeteria, mini spa serta studio. Dalam masa terdekat, D'Herbs bakal menubuhkan pasukan produksi sendiri demi memperluas bidang perniagaan. Syarikat ini menyasarkan keuntungan mencecah RM5 juta sepanjang jualan gudang yang diadakan di seluruh negara. Melihat kepada sambutan di luar jangkaan, Dato' Aliff sangat terharu dan berbesar hati atas sokongan yang diberikan oleh  pelanggan. 

     D'Herbs bakal memberi sumbangan terhadap sebuah program televisyen berbentuk dawah dan keagamaan sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan selain bakal mewujudkan pusat tahfiz sendiri. Beliau juga telah membuaka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn. Bhd. yang mehasilakn dan menjual produk kesmetik dan sedikit kelainann konsep di mana Megah Perawan hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasar produk Megah Perawan di seluruh Malaysia. Setakat ini permintaan produk ini mendapat sambutan daripada pengguna seluruh Malaysia. 

     Rangkaian lain yang digunakan Dato' Aliff untuk mengembangkan perusahaannya iaitu dengan menggunakan rangkaian awam. Beliau mempromosikan produk keluarannya melalui iklan seperti di majalah dan akhbar Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro di mana iklan beliau telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak besar kepada keuntungan syarikat. Beliau juga bersiaran di radio-radio nasional dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan lebih membanggakan lagi D'Herbs telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di saluran Astro dan TV3. Beliau akan membuat apa sahaja untuk membangunkan syarikatnya selepas melalui pelbagai pahit getir dalam dunia perniagaan. Beliau pernah menukar strategi dengan muncul di televisyen dengan menggayakan watak koprat tetapi impaknya terhadap pelanggan kurang menjadi. Selama dua tahun wang dilaburkan bagi tujuan pengiklanan habis begitu sahaja.  Beliau kemudiannya mencuba nasib menerusi pengiklanan di stesen televisyen lain dengan menggayakan penampilah baharu iaitu daripada memakai baju biasa kepada baju berkilat dan daripada beruara biasa kepada suara 'kepit'. Ternyata, sesuatu yang unik itulah yang menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tomahan diterima daripada masyarakat namun impaknya sangat besar kepada jualan.


❤ thanks for reading . do comment ❤

Kegagalan Adalah Satu Pilihan

Manusia tidak merancang untuk gagal, manusia gagal untuk merancang
(William J. Siegel).

     Kebiasaannya, apabila kita merancang sesuatu, kita akan membuat kesilapan. Tidak semua pekara yang dirancang akan berjaya. Oleh itu, sebagai usahawan mereka perlulah menerima kegagalan itu dan terus memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Kebanyakan usahawan yang gagal akan cepat berputus asa. Walaubagaimanapun, usahawan yang berjaya akan menerima kegagalan sebagai peluang menimba ilmu pengetahuan. Mereka juga melakukan kesilapan tetapi mereka ini antara golongan yang tidak berputus asa dan tidak berhenti untuk belajar sesuatu yang baru kerana mereka tahu bahawa kegagalan itu adalah satu kewajipan dalam dunia perniagaan. Dengan itu, mereka cepat belajar mengenai dunia pernigaan dan meneruskan pernigaan.

     Dato' Aliff Syukri, pengasas produk D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang terkenal dengan penggunaan tagline 'Terlajak Laris" ialah salah satu strategi pemasaran yang bagus. Baliau kini telah berjaya dalam perniagaan dengan pelbagai pengalaman dan kesulitan yang dihadapinya terdahulu. Beliau pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan periagaan. Permohonan beliau ditolak mentah-mentah oleh pihak bank malah dipandang rendah. Namun, beliau tidakberputus asa dan terus mencuba untuk mendapatkan modal perniagaan. Beliau cuba mendapatkan pinjaman daripada rakan-rakan terdekat dan wang yang diperoleh dari bengkel kecantikan yang pernah diadakan. Dengan pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama dua tahun, beliau dapat membina jenamanya yang tersendiri. Kini D'Herbs telah menjadi antara jenama barangan kecantikan terkenal dalam pasaran Malaysia.
❤ thanks for reading . do comment ❤

Proaktif

     Maksud proaktif boleh dikaitakn dengan seorang yang selalu memiliki visi ke hadapan, memandang masa hadapan dengan penuh optimisme, selalu aktif dalam apa yang dikehendaki. Sikap proaktif cenderung mengarah peda tindakan positif. Manusia yang proaktif tidak akan mudah tersinggung, seorang yang bertanggungjawab atas pilihannya dan fokus pada hal yang dapat diubah.

     Manusia yang proaktif tidak hanya berangan atau terbaui dengan mimpi mereka sendiri. Hal ini dapat dikaitkan dengan seorang usahawan berjaya dikenali sebagai Dato' Aliff Syukri. Beliau merupakan pengeluar produk D'Herbs yang terkenal dengan slogan "Terlajak Laris". Beliau memulakan perniagaan dengan minat yang mendalam dan kepakaran dalam berinteraksi dengan orang ramai. Beliau mampu meraih keuntungan besar menerusi strategi pemasaran yang unik.

     Dato' Aliff Syukri merupakan seorang yang berfikir dahulu sebelum bertindak. Hal ini menunjukkan bahawa beliau masih mampu berfikir dengan bijak mengatur strategi perniagaan untuk masa hadapan. Produk D'Herbs kini sudah menjadi kegilaan orang ramai dan boleh didapati dalam pelbagai jenis pilihan penggunaan contohnya produk pelangsingan badan, kosmetik, produk kecantikan dan lain-lain. Hal ini membuktikan kebijaksanaan Dato' Aliff Syukri dalam memasarkan produknya serata Malaysia.  

❤ thanks for reading . do comment ❤

Saturday, 14 November 2015

Berwawasan

     Dato' Aliff Syukri Kamarzaman ialah seorang usahawan yang mempunyai wawasan dan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Beliau mempunyai wawasan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan ini perlu ada pada diri seorang usahawan supaya dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas ini, beliau telah berusaha untuk mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Pada mulanya, sebelum Dato' Aliff Syukri bergelar usahawan beliau sudah mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajat untuk mencipta satu jenama produknya sendiri. Walaupun beliau sedar untuk mencipta satu produk jenama baharu bukanlah hal yang mudah. Pada ketika itu juga beliau mempunyai masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau. 

     Namun begitu, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan usahawan yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan satujenama produk iaitu D'Herbs yang mendapat sambutan yang baik oleh pengguna. Beliau juga bertekad menggunakan semua wang simpanan beliau untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun beliau sedar risiko untuk muflis sangat mudah, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kologen pertama di Malaysia. Pada peringkat awal pengenalan jenama D'Herbs ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan mempromosikan produk ini. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan agen pemasaran. Beliau juga tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

     Dato' Aliff Syukri seorang usahawan yang berjaya dan berwawasan tinggi. Sebagai contohnya, beliau bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang. Bukan itu sahaja, slogan yang dipilih oleh beliau juga mempunyai wawasan yang tinggi buktinya slogan "Terjalak Laris" dengan secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada beliau untuk terus mengeluarkan produk terbaru. Hal ini juga disebabkan oleh pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru. Beliau juga seorang yang memikirkan masa depan perniagaannya. Buktinya, beliau sanggup memulangkan wang pengguna jika produk yang dijual tidak berkesan. Beliau bukan sahaja dapat meyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan ini memang terbaik malah dapat memajukan lagi perusahaan syarikatnya. 

     Dato' Aliff Syukri juga mempunyai wawasan atau matlamat untuk dicapai dalam jangka masa panjang. Sebagai contohnya, Beliau meletakkan visi utama D'Herbs adalah untuk menjadikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat single level. Syarikat single level ini akan mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas. Beliau juga akan memastikan sistem pengurusan di syarikatnya akan bertambah baik. Beliau juga yakin terhadap keberkesanan produk yang dikeluarkan. Oleh itu, beliau akan memastikan kualiti produknya mempunyai sistem terbaik serta menyediakan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan.

❤ thanks for reading . do comment ❤

Pengenalan


Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dikenali sebagai usahawan produk D'herbs iaitu produk kecantikan yang dipasarkan kepada golongan dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Produk beliau dihasilkan dari sumber herba-herba yang sihat. Dato' Aliff Syukri dilahirkan pada 30 April 1987 di kediaman beliau di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau berpindah ke selamgor dan melanjutkan pelajaran di SK Sungai Besar, Selangor. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang tetapi telah mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu agama di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Beliau mula mendalami ilmu perniagaan sejak memasuki sekolah agama kerana ramai yang menjalankan aktiviti pernigaan di Kelantan. Hal ini telah mempengaruhi beliau untuk memasuki alam perniagaan. Setelah itu, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutakn pelajaran di Taylor Collage.

Beliau yang kini berusia 28 tahun telah menjadi usahawan yang sangat berjaya dan dikenali ramai. Beliau telah diberi gelaran Dato' pada usia 25 tahun. Permulaan perniagaan beliau iaitu De Herbs Healthy Marketing pada September 2010 di mana beliau hanya menjalankan perniagaan di lot kedai 2 tingkat dengan mempunyai seorang pekerja dan empat produk sahaja iaitu bedak asas, produk pelangsingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir. Selepas daripadaitu beliau telah maju dan menghasilakn 30 jenis rangkaian produk baharu dan 15 orang kakitangan yang membantu dalam penaiktarafan pernigaan syarikat De Herbs Healthy Marketinh.

Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi syarikat De Herbs kerana mereka telah bernaung di syarikat dilebelkan Sendirian Berhad dan perkembangan perniagaan mereka membolehkan mereka berpindah ke bangunan empat tingkat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan itu, syarikat mampu meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D'herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.

D'herbs holding mempunyai visi, misi dan objektif tersendiri. Visi utama syarikat D'herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengelurakan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat terutamanya di Malaysia. Manakalah misi syarikat pula adalah membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil lebih yakin dan bergaya. Antara objektif syarikat adalah membantu masyarakat merawat masalah luaran dan dalaman badan, memberikan perkhidmatan selepas jualan dan mempunyai kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.  Cara-cara syarikat D'Herbs mengiklankan produk ialah dengan menggunakan media massa dan media cetak.
❤ thanks for reading . do comment ❤

Heart Chat Bubble